Friday, November 19, 2010

SPM - Sijil Paling Mudah


Insya Allah seperti tajuk post ni, harap Allah mempermudahkan urusanku menjalani peperiksaan ini. Tidak terlupa juga dalam perjalanan hidupku.


SPM sudah berada celah kuku kaki. Salah silap dengan manusia sekalian alam tak pasti lagi terhapus, serta restu semua orang tak jamin lagi. Intihannya(baru belajar), saya ingin memohon seribu keampunan daripada semua orang yang telah saya sakiti ataupun terkasar bahasa. Manusia tidak lari daripada kesalahan. Di samping itu, doakan kejayaan saya, serta seluruh pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun 2010 ini. Semoga perjuangan anda semua membuahkan hasil yang anda ingini.


Akhir kata, semoga berjaya kepada semua calon SPM 2010 yang akan menduduki peperiksaan pada 23hb November ini. Assalammualaikum. Takbir!

Topecndous

Tidak! Buncit!

Aku buncit! Lihatlah keadan perut aku sekarang! TIDAK!



Sejak balik untuk cuti Raya Hajji, aku tak pernah bersenam lagi. Sebaliknya, duduk di rumah Tok Ku! dan makan, tidur, online, study dan makan lagi. Rasanya naik 2kg dalam masa yang singkat ni. Lihatlah foto perut aku yang makin buncit. Risau dijadinya. Tetapi tidak perlu di risau, badanku akan kembali kepada bentuk asal selepas 9 bulan. Hahaha. Gurau! Selepas balik maktab pasti perutku akan kembali surut. SPM "Sijil Paling Mudah" hampir tiba, kata Muaz, doakan kejayaan aku dalam peperiksaan kali ini. Serta dilapangkan dada dan dipermudahkan urusanku. Amin.
Terima kasih kerana menghayati perut ku..

'Semua gambar tertera pada post ini bukan yang sebenar. Harap maklum'

Thursday, November 18, 2010

Farewell Mummy!



Teacher Nik Azura, terima kasih kerana menjadi guru kelas kami. Terima kasih kerana menjadi mummy kami, lagi-lagi dengan perangai kami yang banyak ragam ni. Minta maaf atas segala salah silap kami, mummy. Harap kehadiran orang baru dalam hidup family mummy membawa kebahagiaan kepada mummy sekeluarga. Kami disini akan mendoakan keselamatan mummy dalam perjuangan mummy. Doa akan kejayaan "anak-anak" mummy ni ye? Dalam SPM, hidup dan akhirat. Hehe. Akhir sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih dan pinta ampun dari hujung kutu hingga ke kuku ibu jari kaki kami. All the best mummy!

5 Chubby

Tuesday, November 16, 2010

Graduation!




Ye! Betul, zaman persekolahan saya akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi. Gembira, sedih, gementar? Lebih kurang semua ada. SPM dah hampir tiba, persediaan? Tahap OK je, tetapi bukan excellent. Haihh. Ya Allah, permudahkanlah urusanku! Amin!